PERBEZAAN DRY SKIN & DEHYRATED SKIN

Kulit kering (dry skin) dan kulit kurang lembap (dehydrated skin)  adalah perkara yang berbeza.

Ini penerangannya.

Kulit kering bermaksud kulit kurang menghasilkan minyak asli (sebum) dipermukaan kulit.
Manakala untuk kulit kurang lembap bermaksud kulit kita ni kurang lembapan atau kurang air.

Macam mana pula nak tentukan kulit kita kehausan dan perlukan air?

Mula-mula cuba senyum selebar-lebarnya, ada nampak garis halus pada hidung dan pipi?
Jika ada tanda garis halus itu tandanya kulit kekeringan.
Selepas itu, letak jari telunjuk pada pipi dan tekan. Seterusnya, lepas dan lihat kawasan yang ditekan tadi, ada garis-garis halus sekitar tempat yang ditekan? Dan berapa lama pula kulit ambil masa kembali seperti asal. Jika lambat naik dan ambil masa kembali seperti asal itu tanda kulit dehydrate.

Jika memang jenis kulit kering, Silalah rajinkan diri guna produk skincare tang betul, guna bahan yang dapat lock moisturizer seperti HA / Ceramide etc.

Kalau sehari tu kurang minum air, badan sendiri akan bagi signal tanda dehyrate, contohnya warna air kencing, sakit kepala, kulit jadi tak bermaya.
Rajinkan minum air, banyakkan makan makanan seperti buah dan sayuran. Kurangkan gula dan garam.

Tetapi kadang-kadang kulit jenis berminyak pun boleh jadi dehydrated ya.

Apa-apa pun kenali jenis kulit dahulu kemudian kenalpasti kondisi kulit samada dehydrated atau tidak.

Semoga bermanfaat info yang saya share ini.

Comments

Post a Comment

sila komen