DOUBLE CLEANSING METHOD - SENDAYU TINGGI IPOH PERAK

Apa itu double cleansing?

Double cleaning bermaksud cuci muka sebanyak dua kali. Satu dengan oil based product dan satu lagi dengan water based product,

Sebelum tu, saya nak semua faham yang dekat muka ada dua jenis kotoran iaitu kotoran yang berasaskan minyak seperti sebum, makeup, suncreen, sel-sel kulit mati dan sebagainya dan
kotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran dan debu.


Kenapa kena start buat double cleansing?

Air dan minyak tidak boleh bersatu selamanya cewahhh dan sebab itulah kita tak boleh gunakan water based product untuk hilangkan kotoran yang berasaskan minyak.


Kalau hanya gunakan water based product untuk cuci muka sahaja tidak mencukupi, kulit kita sebenarnya mudah terdedah dengan jerawat, blackheads sebab pores dah tersumbat dengan kotoran yang berasaskan minyak-minyak ni. Kita pulak tak cuci dengan betul, kalau naik jerawatjangan susah hati


Kelebihan buat double cleansing ni?

Antaranya :
●Membersihkan pores kita dengan lebih mendalam
● Menyihatkan kulit muka, sekaligus kulit nampak flawless!
● Remove waterproof makeup dengan lebih mudah,
● Membuang segala kotoran yang berasaskan minyak-minyak.


Cara double cleansing
1- Cuci muka dengan oil cleanser tanpa air tau! Just sapu je dekat muka macam biasa, gosok-gosok dan biarkan dalam 10 saat macam tu. Then bilas!
2- Lepas tu pula guna water cleanser biasa yang selalu guna, cuci dan bilas. Dah siap! Senang je kan😁

Bila nak buat oil cleanser ni?
Seeloknya pada waktu malam, before tidur. Buat sekali sehari pun boleh.

Kenapa waktu malam? Sebab selepas seharian kita dekat luar, kita dah terdedah dengan cuaca dan udara, kotoran yang tak nampak dengan mata kasar macam debu, sebum, peluh etc lepas tu dengan make up lagi -- maka eloklah kalau kita pamperedkan kulit muka kita dengan bersih.


Boleh ke buat double cleanse pakai micellar cleansing water?
Micellar cleansing water tak dikira oil cleanser

Kalau tak pakai makeup, kena ke oil cleanse?
Kena! Kalau nak pores dekat muka sentiasa bersih.

Oily skin boleh ke guna oil cleanser? Tak berminyak ke muka?
Tak! Oil cleanser ni untuk bersihkan muka daripada segala minyak. So oily skin pun sesuai nak guna oil cleanser.


Macam mana nak pilih oil cleanser yang sesuai untuk kulit masing masing?
Oil cleanser memang sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun oily skin or even acne prone skin. Semua sesuai. Oil cleanser tak mengeringkan kulit. Kena check ingredients dia betul-betul, apa yang bahan yang boleh buat  kulit korang sensitive. Avoid yang tu.

P/s : Semua jenis kulit tak sama, so apa yang best untuk orang lain, tak semestinya best untuk korang ya.

Comments